Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kpd para pembaca yg sudi meluangkan masa meneroka lembaran ini... Sesungguhnya segala tulisan dan isi yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk adalah dari diri penulis sendiri.. Wassalam.. :)
Friday, October 29, 2010
salam...... hmmm... 4 hari sudah aku berada di daerah jerantut pahang... Ade aktiviti2 yg mengejutkan berlaku.. Yg penting, aku seronok!! hee... Dan, dlm pd keseronokan itu jugalah, hati aku merintih sayu... Tringat pd seorang hamba Allah.. Dahlah hati.. Jgn diikutkan perasaan sangat.. Mcm2 lagi perlu kau lalui lepas nh.. Tidakkah kau percaya pd takdir Ilahi..? Bersabarlah hati, tenanglah perasaan, berlapanglah emosi... Semoga ketiga2mu akan sentiasa sabar dan menerima segala ketentuanNya.. Amin... Insyaallah.. Mlm nh balik kb!! hehe.. Selasa exame.. Bagusnye la ye.. Takpe2.. Harap2 pas berjalan di jerantut nh, hati, emosi dan minda akan lebih bersedia utk menghadapi peperiksaan.. chewwahh!! alasan tuu.. heheheh.. ok la.. Malas nk tulis lg.. Salam.. :)
Tuesday, October 26, 2010
Monday, October 25, 2010
Cinta Itu MilikNya
Bayu laut yang menampar lembut wajah mulus gadis itu tidak berjaya mengejutkannya dari lamunan yang panjang. Peristiwa petang itu benar-benar menyentuh hati nipis miliknya. Kali pertama dia tekad untuk membawa diri ke Pantai Puteri Tujuh untuk menyendiri; sejenak memikirkan perjalanan hidupnya. Anna, gadis yang berumur awal 20-an merupakan bakal mahasiswi jurusan Seni Muzik di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sekitar negeri Kelantan Darul Naim. Pengalaman menuntut hampir 3 tahun benar-benar mengajarnya akan erti hidup yang menjadi impiannya sekian lama. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, anganannya untuk menjejakkan kaki di Kota Bandaraya Islam itu sedari umur 11 tahun lagi benar-benar tercapai. Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang berjaya membuka mata dan mindanya mengenai negeri Islam itu yang kaya dengan pelbagai jolokan.
Berlantaikan pasir-pasir halus, dia duduk menjulur kaki sambil tangannya menongkat beban badannya memandang pantai biru yang indah terbentang di hadapan mata. Sekejap-sekejap minda serabutnya menerawang jauh ke daerah silam dalam kotak memorinya. Satu-persatu kenangan silam dikupas...
SATU
Sedari lahir, Anna dibesarkan dan dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung. Segala macam cara hidup kampung telah diajar dan disemat dalam dirinya. Awal kanak-kanak, dia kembali tinggal bersama ibu bapanya untuk memulakan zaman persekolahan. Sikap Anna berbeza sekali jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Faktor dibesarkan di kampung mungkin mengajarnya menjadi lebih matang. Dari kecil, dia telah mula berjinak-jinak dengan Muqaddam. Ibu Anna lah yang bertanggungjawab mengajarnya mengenali huruf-huruf jawi tersebut hingga dia mampu mengaji dengan sendirinya.
Cemburu dengan rakan-rakan lain yang menuntut di sekolah agama, Anna meronta-ronta ingin mengikuti pengajian agama di sekolah agama kerajaan negeri pada waktu itu. Walaupun bermula agak lewat berbanding dengan rakan-rakan lain, Anna bersama adiknya tetap gigih belajar tanpa rasa segan. Anna sentiasa ingat akan pesan ibunya yang sering mengingatkan bahawa ilmu agama bukanlah untuk dibangga-bangga, bukan untuk diukur dengan peperiksaan, tapi hendaklah diamalkan. Namun sayangnya, pengajiannya terhenti setakat darjah 4. Keengganan ayahnya untuk terus menghantar Anna dan adik ke sekolah agama kerana khuatir penat setelah sepagi di sekolah rendah telah membantutkan keinginannya. Pernah dia bermimpi untuk meneruskan pembelajaran peringkat menengahnya di sekolah agama negeri. Namun, mimpi tersebut tidak menjadi setelah keluarganya berpindah ke daerah Batu pahat.
Semakin meningkat remaja, keinginan Anna untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama semakin meninggi. Peluang menginap di asrama sekolah sewaktu meneruskan pengajian peringkat menengahya di sekolah yang dihuni pelajar perempuan sahaja sedikit-sebanyak memberikan dia ruang untuk belajar agama. Rutin solat berjemaah di surau setiap waktu dan kelas mengaji al-Qur'an setiap minggu benar-benar menggembirakan Anna. Keinginan di samping keikhlasan dirinya berjinak-jinak di surau telah menyebabkan Anna dilantik menjadi salah seorang Imam di surau sekolah perempuan tersebut. Selama itu, Anna benar-benar merasai ketenangan dalam hidupnya yang sukar dicari. Namun, ketenangan itu rupanya tidak berkekalan. Peristiwa pahit yang membuatkan diri Anna terasa jauh telah merubah arah perjalanan hidupnya. Rasa sedih, kecewa, hampa, sakit, terluka dan berbagai-bagai rasa lagi bersatu mencengkam naluri dan jiwa perempuan Islam Anna yang selama ini telah disemai dalam diri. Segala prinsip dan kekeliruan mula timbul akibat perkenalan itu...
DUA
Petang itu, seperti hari-hari biasa, Anna berada di Balai Terbuka Asrama Puteri bersama rakan-rakan lain untuk menjalani salah satu aktiviti wajib asrama, 'prep' atau preparation. Sikapnya yang berkawan dengan semua penghuni asrama menjadikannya ramah dengan semua rakan yang sebaya dengannya. Anna lebih suka menyendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dan belajar untuk peperiksaan.
DUA
Petang itu, seperti hari-hari biasa, Anna berada di Balai Terbuka Asrama Puteri bersama rakan-rakan lain untuk menjalani salah satu aktiviti wajib asrama, 'prep' atau preparation. Sikapnya yang berkawan dengan semua penghuni asrama menjadikannya ramah dengan semua rakan yang sebaya dengannya. Anna lebih suka menyendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dan belajar untuk peperiksaan.
Sunday, October 24, 2010
perjalanan baru~~
Perjalanan panjang.. Penuh ranjau, penuh liku,,dalam meniti hari-hari anugerahNya...Hari ini, bermula satu episod baru dalam laman ini...... Harapanku, moga coretan pengalaman dan kenangan di sini tidak mengganggu hati-hati insan yang kukenali di luar sana... Moga hati-hati tersebut faham,,,,,, Betapa hati ini tuntut lembaran untuk meluah rasa... Mungkin ini jalannya agar perasaan bisa terubat..? Mungkin ini jalannya agar emosi bisa tenang..? Wallahu'alam.... Dia lebih Mengetahui... Wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)